Terms & Conditions

TERMA DAN SYARAT / TERMS AND CONDITIONS

Click on the collapsible panel to open and close it.

Sila rujuk "Policy - Privacy" dan "Agent/Dropship (dalam pembinaan)" sebagai sebahagian daripada Terma Dan Syarat ini.
Apabila anda melayari Saje-Saje Online Boutique & Printing" atau menghantar emel sama ada secara terus atau melalui borang "Contact Us" yang disediakan, bermakna anda telah bersetuju untuk berkomunikasi secara elektronik. Kami akan berkomunikasi secara elektronik dengan anda sama ada melalui emel atau melalui notis-notis di lamanweb ini.

Anda juga bersetuju bahawa semua perjanjian, notis, pernyataan dan komunikasi lain yang kami sediakan secara eletronik mencukupi sebaran yang diperlukan oleh undang-undang.
Semua kandungan yang terdapat di lamanweb ini seperti teks, grafik, logo, butang ikon, imej, klip audio, muatturun digital, kompilasi data dan perisian adalah hakmilik Saje-Saje Online Boutique & Printing" dan/atau pembekal-pembekalnya dan dilindungi oleh Akta Hakcipta
Tanda dagang (trademarks) Saje-Saje Online Boutique & Printing" dan tanda dagang produk-produknya tidak boleh digunakan untuk sebarang produk yang tidak berkaitan dengan Saje-Saje Online Boutique & Printing" dalam sebarang keadaan yang boleh menyebabkan kekeliruan pelanggan, atau sebarang keadaan yang boleh menjejaskan nama Saje-Saje Online Boutique & Printing". Semua tanda dagang yang bukan dimiliki oleh Saje-Saje Online Boutique & Printing" atau subsidarinya yang muncul di lamanweb ini adalah hak pemilik berkenaan yang mungkin bersekutu atau tidak bersekutu dengan atau ditaja oleh Saje-Saje Online Boutique & Printing" atau subsidarinya.
Semua produk yang dibeli dari Saje-Saje Online Boutique & Printing" adalah terikat kepada kontrak penghantaran. Ini bermakna risiko kerugian diserahkan kepada anda selepas kami menyerahkan kepada pihak pembawa seperti kurier, pos dan sebagainya.

Semua perkhidmatan yang ditempah melalui Saje-Saje Online Boutique & Printing" adalah terikat kepada kontrak pembekal perkhidmatan. Ini bermakna risiko kerugian diserahkan kepada anda selepas kami membayar caj perkhidmatan yang ditempah kepada pihak pembekal perkhidmatan seperti syarikat pelancungan dan sebagainya.
Saje-Saje Online Boutique & Printing" dan sekutunya berusaha untuk memberikan maklumat yang tepat. Bagaimana pun, Saje-Saje Online Boutique & Printing" tidak menjamin diskripsi atau maklumat lain untuk produk dan perkhidmatan ini adalah tepat, lengkap atau bebas dari kesilapan. Sekiranya produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Saje-Saje Online Boutique & Printing" sendiri tidak seperti yang diterangkan, anda berhak memulangkan dalam keadaan seperti yang dinyatakan di dalam "Policy - Product And Services (Dalam pembinaan)"
PENAFIAN JAMINAN DAN HAD TANGGUNGAN YANG DIBERIKAN OLEH Saje-Saje Online Boutique & Printing" DI LAMANWEB INI ATAS ASAS "SEPERTI SEADANYA". ANDA BERSETUJU BAHAWA RISIKO PENGGUNAAN LAMANWEB INI ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI.

Saje-Saje Online Boutique & Printing" TIDAK MENJAMIN BAHAWA LAMANWEB INI, PELAYANNYA (SERVER) ATAU EMEL YANG DIHANTAR DARI Saje-Saje Online Boutique & Printing" BEBAS DARI SEBARANG VIRUS ATAU KOMPONEN PEROSAK YANG LAIN. Saje-Saje Online Boutique & Printing" TIDAK BOLEH DIPERTANGGUNGJAWABKAN KE ATAS SEBARANG KEROSAKAN DARI PENGGUNAAN LAMANWEB INI.
Dengan melayari Saje-Saje Online Boutique & Printing", anda bersetuju bahawa undang-undang Malaysia, tanpa sebarang konflik perundangan, akan digunakan ke atas Terma Dan Syarat ini dan juga sebarang pertikaian yang mungkin timbul di antara anda dan Saje-Saje Online Boutique & Printing" atau sekutunya
Sebarang pertikaian berhubung lawatan anda ke Saje-Saje Online Boutique & Printing" atau ke atas produk/perkhidmatan yang dilanggan melalui Saje-Saje Online Boutique & Printing" hendaklah dihantar kepada penimbangtara di Malaysia, kecuali dirasakan anda mengancam atau bertujuan mengancam hakmilik intelek Saje-Saje Online Boutique & Printing", Saje-Saje Online Boutique & Printing" boleh memohon injuksi atau sebarang tindakan mahkamah yang sesuai di mana-mana Mahkamah Negeri atau Mahkamah Persekutuan di Malaysia.

Sebarang pertikaian berhubung definasi Terma Dan Syarat di dalam Bahasa Inggeris maka definasi di dalam Bahasa Malaysia hendaklah digunapakai
Saje-Saje Online Boutique & Printing" berhak untuk membuat sebarang pindaan/perubahan/pertukaran ke atas lamanweb ini, polisi-polisinya dan Terma Dan Syarat pada bila-bila masa.

Sekiranya terdapat peruntukkan di sini yang didapati tidak lagi sah, terbatal atau atas sebarang sebab ianya tidak boleh digunakan maka peruntukkan tersebut akan dianggap terbatal dan tidak memberi kesan ke atas kesahihan dan penguatkuasaan peruntukkan-peruntukkan yang lain.
Sebarang pertanyaan mengenai Terma Dan Syarat atau polisi-polisi kami yang lain berkaitan perkara berkenaan boleh dihantar menggunakan borang "Contact Us" yang disediakan.

SAJE-SAJE ONLINE BOUTIQUE & PRINTING
Kemaskini terakhir / Last Update - 11.07.2020